web toolsHtml Codes

Monday, 28 November 2016

PERBEZAAN KOMPUTER RIBA


SISTEM PENGOPERASIAN DAN MEMORI


·         ACER

MODEL ASPIRE 4353
                                              
            Komputer riba jenama Acer Aspire 4352 ini menggunakan windows sebagai  contoh sistem pengoperasiannya . Sistem pengoperasian windows ini mempunyai pelbagai version atau edisi . Bagi computer riba ini , version yang digunakan ialah windows 7 Ultimate.







            Pada tahun 2000,Windows 7 Ultimate ini telah diperkenalkan dan digunakan dalam penoperasian computer bermula 22 Oktober 2002.Windows 7 Ultimate ini  merupakan gabungan diantara Windows XP dan Windows Vista . Tetapi , Windows 7 Ultimate ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding Windows – Windows sebelumnya. Antaranya ialah , Windows 7 Ultimate ini mempunyai tahap pemprosesan yang lebih baik berbanding Windows Vista.
           



Sistem pengoperasian Window 7 Ultimate ini lebih fokus pada pengembangan dasar Windows dan sokongan pada multi-touch screen dan taskbar. Sistem pengoperasian ini mengguna sistem jaringan peribadi yang dikenali sebagai “Home Group” dan peningkatan sistem pemprosesan yang lebih pantas.Terdapat beberapa aplikasi atau program yang disertakan pada versi sebelumnya dari Microsoft Windows seperti Windows calendar , Windows Mail ,Windows Movie Maker dan Windows Photo Gallery.

MEMORI
Pada bahagian memori pula,  Windows 7 Ultimate ini tidak mampu menampung jumlah memori yang melebihi kapasitinya . Oleh itu ,setiap versi Windows 7 ini mempunyai jumlah kapasiti memori yang berbeza . Hal ini demikian kerana ia dipengaruhi oleh senibina pengoperasian yang digunakan iaitu antara 32 –bits dan 64-bits.

MODEL ACER ASPIRE E5-473G

           Acer Aspire E5-473G adalah notebook multimedia murah dengan komponen semasa. Terima kasih kepada yang berdedikasi Nvidia GeForce 940M GPU, walaupun sesi permainan yang mungkin. Penyelesaian penyejukan, bagaimanapun, mencapai hadnya cantik dengan cepat dan paparan adalah cukup rendah kos juga.



         Acer ini sepenuhnya diolah Aspire E-siri mewakili notebook serba murah dengan nisbah harga prestasi yang baik. Terdapat empat saiz skrin yang berbeza dalam jumlah, bermula dengan peranti 13.3-inci sepanjang jalan sehingga ke besar notebook 17 inci. Kami pun mengkaji kedua-dua versi yang lebih besar Aspire E5-772G (17 inci) dan juga Aspire E5-573G (15 inci). Sekarang kita mempunyai lihat di Aspire E5-473G dengan skrin 14-inci. Peralatan perkakasan pada dasarnya hampir sama dengan adik-beradik yang lebih besar, kerana sekali lagi anda akan mendapat Nvidia GPU berdedikasi selain arus Intel ULV processor.
    


 Selain itu, terdapat cukup banyak persaingan dalam pasaran komputer riba multimedia 15 dan 17 inci, keadaan agak berbeza untuk lebih kecil 14 inci faktor bentuk. Ini saiz paparan secara tradisional terutamanya yang digunakan oleh perniagaan dan tidak komputer riba multimedia. Satu peranti perbandingan bagi unit kajian kami adalah Lenovo ThinkPad E450, yang juga dilengkapi dengan kad grafik yang berdedikasi serta paparan matte. Satu lagi saingan berpotensi adalah Yoga Lenovo 3 14 bahawa kita hanya baru-baru ini dikaji semula dengan kombinasi perkakasan yang sama. Kita berterima kasih sedikit lebih mahal dan lebih serba boleh untuk engsel fleksibel, tetapi ia adalah sangat juga sesuai untuk membandingkan prestasi perkakasan.

MEMORI
    Bahan dari Acer E-siri adalah murah serba boleh yang cukup kuat untuk banyak senario penggunaan. Unit kajian kami dilengkapi dengan Intel ULV CPU dual-core semasa, 8 GB memori dan Nvidia GeForce 940M GPU berdedikasi, jadi ia juga menarik untuk pemain kasual. simpanan yang mencukupi disediakan oleh cakera keras 500 GB, yang juga dilengkapi dengan cache 8 GB SSD. konfigurasi lain pada masa ini tidak boleh didapati.












·         HP
MODEL HP Notebook - 15-ac615tu :

Sistem pengoperasian komputer ini adalah (Windows 10 Home 64). Sistem perisian yang termasuk dalam komputer model ini adalah McAfee LiveSafe. Windows 10 merupakan sistem pengoperasian komputer peribadi yang dilancarkan pada 29 Julai 2015. Matlamat utama windows ini adalah  untuk menyatukan sistem pengoperasian windows di pelbagai produk termasuklah komputer, telefon pintar dan tablet. Windows 10 memperkenalkan semakan kepada antara muka pengguna sistem pengoperasian. 





Windows 10  menyediakan penyepaduan dengan perkhidmatan tambahan Microsoft termasuklah pembantu peribadi pintar Cortana dan Xbox Live. Di dalam sistem pengendalian ini juga, pelayar sesawang lalai baru diperkenalkan iaitu Microsoft Edge yang menyokong sokongan bersepadu untuk log masuk pengecaman wajah dan cap jari serta versi baharu DirectX dan WDDM bagi meningkatkan keupayaan grafik sistem pengendalian untuk permainan.

MEMORI
Memori komputer riba ini adalah 4GB DDR3L SDRAM(1 X 4 GB).







MODEL HP 1000-1401AU

Bagi model ini , ia menggunakan jenis pengoperasian Windows . Windows yang digunakan ialah Windows 8. Pengciptaan Windows 8 adalah bermula pada tahun 2009. Pada Consumer Electronics Show pada Januari 2011, Microsoft mengumumkan bahawa versi berikutnya dari Windows akan menambahkan sokongan untuk perisian dengan mikroprosesor ARM.

Microsoft melancarkan Windows 8 dan perbaikan pada hari pertama Konferensi Build pada 13 September 2011. Microsoft melancarkan Windows 8 Developer Preview (build 8102) pada hari yang sama, yang termasuk SDK dan alat pengembang (seperti Visual Studio Express dan Expression Blend) untuk mengembangkan aplikasi untuk Windows 8 interfasa. Menurut Microsoft, ada sekitar 535.000 muat turun dari preview dalam jangka masa 12 jam pertama pelancarannya .




Windows 8 versi Microsoft Windows (sistem operasi yang dikembangkan oleh Microsoft) untuk digunakan pada komputer peribadi, termasuk rumah dan perniagaan  desktop, laptop, tablet, dan PC home theater. Windows 8 menggunakan versi 6.2 dari kernel Windows NT.
Selain itu, Windows 8 mengambil keuntungan dari teknologi baru atau berkembang seperti USB 3.0, 4Kn Advanced Format, dalam  bidang komunikasi, komputasi awan, dan arsitektur ARM yang rendah. Ini mencukupkan  ciri-ciri baru seperti built-in kemampuan antivirus, proses instalasi yang baru dioptimalkan untuk distribution digital, dan sokongan untuk booting aman (ciri-ciri UEFI yang memungkinkan sistem operasi untuk ditandatangani secara digital untuk mencegah malware dari mengubah proses boot.
Windows 8 dilancarkan untuk penerimaan percampuran. Meskipun reaksi terhadap perbaikan dengan kerja, meningkatkan keselesaan, dan meningkatkan sokongan untuk perisian  touchscreen positif, interfasa pengguna baru dari sistem operasi telah banyak dikritik kerana berpotensi megelirukan dan menyukarkan  untuk belajar (terutama bila digunakan dengan keyboard dan mouse bukan touchscreen). Meskipun kekurangan tersebut, 60 juta lessen Windows 8 telah terjual hingga Januari 2013. Ini termasuk upgrade dan penjualan untuk OEM untuk PC baru.
MEMORI

Memori komputer riba ini adalah 2 GB DDR3.

SEJARAH SYARIKAT KOMPUTER RIBA

SEJARAH SYARIKAT KOMPUTER RIBA

·         ACER




Perniagaan Acer ini pada mulanya telah diusahakan oleh sepasang suami isteri yang bernama Stan dan Carolyn Yeh.Pada mulanya , mereka menamakan perniaagan mereka ini dengan nama ‘Multitech’ iaitu pada tahun 1976.Tetapi, pada 1987 nama perniagaan mereka ini telah di tukar kepada Acer.Nama Acer ini telah digunakan sehingga kini.




            Pada tahun 1990 , syarikat Acer ini telah bersaing dengan beberapa syarikat lain seperti NIC , Toshiba yang berasal dari Jepun dan juga syarikat HP dan Dell yang berasal dari Amerika Syarikat.Syarikat Acer utama yang didirikan oleh pasangan suami isteri ini berada di sebuah kota yang bernama Sijhin di Tapei ,Taiwan.Pada mulanya , pasangan ini hanya menggunakan modal sebnayak US $25,000 sahaja dan pada awalnya,mereka hanya usahakan produk dalam distributor komponen elektronik dan sebagai konsultan bagi penggunaan teknologi mikroprosessor sahaja

·         HP




Salah seorang peneraju utama  kepada  Hewlett Packard atau lebih dikenali sebagai (HP) adalah William R. Hewlett. Hewlett lahir pada tanggal 20 Mei 1913 di Ann Arbor, Mich. Pada tahun 1939, Hewlett mendirikan sebuah perniagaan Hewlett-Packard (HP) bersama dengan David Packard yang meninggal pada tahun 1996 . Perusahaan ini didirikan hanya dengan modal awal $ 538. Nama Hewlett-Packard tentu saja diambil dari nama mereka masing-masing. Di Hewlett-Packard Company, Hewlett pernah memegang berbagai jabatan penting. Namun sejak tahun 1978, Hewlett berhenti dari jabatannya sebagai Chief Executive Officer.



Sewaktu belajar di Stanford University, dia bertemu dengan David Packard yang akhirnya menjadi sahabat baik Hewlett. Perjalanan Hewlett boleh dikatakan menarik. Selama perang dunia ke-2, Hewlett pernah bekerja di Angkatan Perang Amerika. Selama masa tugasnya di Angkatan Perang Amerika, Hewlett termasuk kedalam sebuah tim yang bertugas menginspeksi industri jepun ketika perang dunia ke-2 berakhir. Tahun 1947, Setelah kembali dari tugasnya itu, Hewlett pergi ke Palo Ato.
Beliau mula bekerja di perniagaan yang beliau usahakan  bersama David Packard itu, dan memegang jawatan  sebagai wakil presiden di Hewlett-Packard Company . Pada tahun 1957, Beliau mendapat jawatan Executive Vice President. 7 tahun kemudian, Hewlett menjabat sebagai President of HP. Pada tahun 1969, Beliau menjadi  Chief Executive Officer. Hewlett memegang jawatan  ini selama 9 tahun. Pada tahun 1978, beliau meletak jawatan itu.



Antara penghargaan yang Hewlett terima adalah penghargaan sains tertinggi di Amerika Syarikat. Hewlett juga adalah orang yang mempunyai perhatian besar terhadap masalah-masalah pendidikan, kesihatan dan social . Beliau telah banyak bekerja di pelbagai  agensi-agensi, seperti di Stanford Medical Center, Kaiser Foundation Hospital, The Carnegie Institution of Washington dan Abuse Council yang terletak  di Washington.



William R. Hewlett meninggal pada 12 januari 2001, pada usia 87 tahun. Namun, nama Hewlett akan tetap selalu dikenang oleh ramai orang kerana perniagaan yang beliau dirikan bersama David Packard, merupakan salah satu perniagaan yang  terbaik di dunia yang bergerak dalam bidang IT (Information Technology). Hewlett-Packard juga seorang yang produktif menciptakan berbagai alat – alatan  seperti PDA (Personal Digital Assistant), printer, komputer dan lainnya. Kini, barang-barang produksi Hewlett-Packard (HP) banyak digunakan oleh semua pengguna komputer  di seluruh dunia.

PERBEZAAN MODEL








 Persamaan :

 Berdasarkan perbincangan yang dilakukan , persamaan antara model telefon pintar ini ialah sistem pengoperasiannya yang menggunakan sistem Android. Setiap telefon pintar ini mempunyai skrin sentuh yang bermaksud para pengguna telefon pintar hanya menggunakan jari mereka untuk menyentuh skrin telefon pintar mereka ini.Seterusya , antara persamaan yang dapat kita lihat ialah semua telefon pintar ini mempunyai kemudahan kamera bagi memudahkan para pengguna mengambil gambar dan merakam video . Selain itu , telefon ini juga mempunyai persamaan dari segi perkongsian fail seperti muzik , gambar , dokumen dan lain-lain lagi kerana ia di bekalkan dengan kemudahan bluetooth.

SISTEM PENGOPERASIAN DAN MEMORI


·      
  SONY

`                  Sony Xperia E1  merupakan salah satu produk keluaran syarikat Sony yang mula dilancarkan pada bulan Mar 2014.Seperti yang diketahui umum , kebanyakan telefon bimbit pintar  menggunakan sistem operasi ” android “. Apa itu android? Android merupakan salah satu sistem operasi yang khas untuk sesetengah telefon bimbit . Android ini merupakan satu sistem yang dikembangkan dari sistem operasi Linux dan semua program atau aplikasinya di buat dengan menggunakan Java.




               Android ini merupakan salah satu yang diperkenalkan  untuk mengesan sistem operasi bagi smartphone yang mempunyai kemudahan skrin sentuh. Malah, harga pasaran bagi smartphone yang disokong oleh sistem android ini lebih murah berbanding yang lain. Sehingga sekarang android sudah  mencapai 19 kali perkembangan. Android ini juga mempunyai pro dan kontranya juga. Antara kelebihan sistem pengoperasian ini ialah android ini amatlah “user friendly” atau dengan kata lain dapat memudahkan urusan pengguna dengan masa yang singkat. Kelemahan android pula ialah terlalu ramai pengguna yang bergantung 100 percent pada smartphone ini kerana mereka berasa malas untuk bersua muka kerana mereka berpendapat bahawa bercakap atau berbual melalui telefon pintar mereka lebih mudah berbanding bersua muka.Hal ini dapat mendatangkan jurang antara satu sama lain.



MEMORI

Seperti yang dinyatakan sebentar tadi ,telefon pintar Sony Experia ini hanya mempunyai memori RAM sebanyak 512 MB sahaja.Tetapi , telefon ini telah disediakan dengan memori internal dengan kapasiti 4 GB yang sudah cukup dinilai untuk telefon pintar kelas menengah.
            Bagi memori external pula , telefon ini disediakan dengan memori external yang cukup besar dengan kapasiti sehingga mencapai 32 GB. Di samping itu , Sony Experia ini juga dilengkapi dengan prosesor dual core dengan kecepatan 1.2 GHz dalam masa setiap saat yang digunakan.


OPPO

Sistem pengoperasian telefon pintar ini adalah Android 4.2 Jelly Bean. Android 4.2 Jelly Bean  adalah versi sistem operasi mudah alih Google Android 4.0 Ice Cream Sandwich (ICS). Antara kelebihan android ini adalah gerak isyarat merupakan ciri yang sama dengan swipe yang akan memudahkan kita untuk menaip, hanya menggerakkan jari dari huruf ke huruf tanpa perlu mengetuk satu persatu huruf yang diingini. Google Now, adalah ciri baru Google yang akan menjadi penolong kita yang mirip dengan  SIRI dari Apple. Selain itu, Photosphere adalah ciri yang membolehkan kita untuk mengambil gambar dalam jumlah yang banyak dalam masa yang sama walaupun dengan saiz gambar yang besar.


Kekurangan adroid ini pula adalah daya tahan yang menurun secara mendadak selepas melakukan ‘Update’ dari Jelly Bean. Bateri telefon biasanya akan bertahan selama lapan jam tetapi sekarang hanya bertahan selama empat hingga lima jam sahaja. Seterusnya, pemakaian memori simpanan dalaman yang membengkak membuatkan ruangan untuk menyimapan fail seperti gambar, video dan lain-lain berkurang. Hal itu menyebabkan kita memaksa untuk menyimpan fail tersebut ke memori ruang simpanan luar.


MEMORI
Memori telefon ini adalah 1GB LPDDR2. Ruang simpanan dalaman telefon ini adalah 4GB. Kapasiti bateri ialah 1900 mAh(Litium ion).
           

SAMSUNG

Pertama sekali , telefon pintar ini adalah berjenis multitouch iaitu yang membolehkan permukaan (trackpad atau skrin sentuh) untuk mengesan kehadiran lebih daripada satu atau lebih daripada dua titik besentuhan dengan permukaan. Platform untuk telefon ini mengandungi sistem pengoperasian jenis android. Telefon ini menggunakan android kitkat  (v4.4.4). ia juga boleh di tambah baikkan kepada  v5.0.2 / v5.1.1 (Lollipop) Android OS, v5.1 (Lollipop) - G531F. Ia juga menggunakan chipset Qualcomm MSM8916 Snapdragon 410 Spreadtrum SC7730 (Value Edition), CPU, Quad-core 1.2 GHz Cortex-A53 Quad-core 1.3 GHz Cortex-A7 (Value Edition) dan GPU Adreno 306 Mali-400 (Value Edition).









MEMORI
Telefon ini mengandungi dua jenis memori iaitu card slot dan internal. kad slot memiliki microSD, up to 64 GB dan internal memiliki 8GB dan 1 GB RAM.


ASUS

Sistem pengoperasian telefon pintar ini adalah Android OS, v4.3 (Jelly Bean),upgradable to v.4.4.2(kitkat).





MEMORI

Terdapat dua jenis memori dalam telefon pintar ini iaitu kad slot dan memori simpanan dalaman. Memori telefon pintar ini ialah 1/2 GB RAM. Terdapat tiga memori simpanan dalaman iaitu 8,16 dan 32 GB. Memori kad slot adalah microSD 64 GB ke atas.

Kelebihan Dan Kelemahan


·        SONY

XPERIA E1

Antara kelebihan telefon pintar ini adalah ia memiliki beberapa kelebihan yang belum dimiliki oleh telefon pintar yang lain.Misalnya , telefon pintar ini memiliki GPU Adreno 302 yang dapat menghasilkan grafik yang cukup baik .Selain itu, terdapat juga Bluetooth v4.0 yang dapat memudahkan para pengguna untuk mengirimkan fail atau sebagainya dengan mengambil masa yang amat pantas.



Di samping itu ,antara kelemahan telefon pintar Sony Experia ini ialah ia tidak dapat menampung jaringan internet 4G.Selain itu,telefon pintar ini juga hanya mempunyai memori RAM sebannyak 512 MB sahaja.Jadi , sistem pemprosesan telefon pintar ini agak perlahan.


·         OPPO

OPPO YOYO  R2001

Antara kelebihan telefon pintar model ini ialah telefon pintar oppo yoyo ini mempunyai ukuran sebesar 4.7 inci dan resolusi layar 540 x 960 pixel. Mahupun untuk layar LCDnya menggunakan LCD IPS kapasiti skrin sentuh dengan warna yang mencapai 16 juta, sehingga mampu memberikan penampilan yang lebih berwarna dan lebih menarik.

                  Kelebihan seterusnya ialah terletak pada kamera. Untuk kamera utama, telefon   pintar ini disertai kamera resolusi 5 Mp. Resolusi yang baik dapat menghasilkan gambar yang berkualiti dan juga dilengkapi LED flash, autofocus. Sedangkan untuk kamera belakang resolusinya 2 Mp dan dapat dipakai untuk komunikasi bersama rakan melalui ‘video call’.

Seterusnya ,yang lainnya iaitu telah dimuatkan jaringan 2G GSM serta HSDPA 3G, sehingga dapat memberikan kecepatan dalam melayari internet dengan  lebih cepat, dan lebih bagus. Di samping itu, kemudahan wifi dan hotspot pun tidak ketinggalan juga, sehinggakan  memudahkan  dalam melayari internet di kawasan  hotspot. Selanjutnya, pada bahagian USB, dimana telefon pintar tersebut menyokong ciri OTG USB iaitu On The Go USB yang dapat membaca dan mengesan data flashdisk.
           Antara kelemahan telefon pintar ini pula ialah mengenai fungsi bluetooth. Bluetooth yang dipakai pada telefon pintar  ini adalah versi yang lama 2.1, sehinggakan kecepatannya kurang bagus  jika dibandingkan dengan bluetooth versi 3 atau 4. Selain itu, pengiriman data pun cukup lama. Kemudian untuk kapasiti bateri yang cukup rendah iaitu hanya 1900 mAh.


·         SAMSUNG
      Bagi telefon pintar ini , kelebihannya terdapat pada jenis sistem pengoperasiannya sendiri iaitu dari segi penggunaan android kitkat 4.4 . Antara kelebihannya adalah warna bagi skrin adalah transparent atau lutsinar. Hal ini menyebabkan , papan kekunci virtual sentuh pada permukaan skrin sehingga kelihatan sama seperti warna dari kertas dinding(wallpaper)  yang digunakan.
Selain itu , sistem pengoperasian Android kitkat ini juga memiliki inovasi pada sistem penjimatan bateri dengan mengaktifkan  mode penjimatan bateri pada sistem android ini sendiri. Di samping itu , ia juga memiliki kemampuan untuk meningkatkan memori bagi telefon pintar ini dengan tujuan untuk meningkatkan rangsangan dari skrin sentuh .
Seterusnya , memandangkan sistem pengoperasian Android kitkat 4.4 ini merupakan versi yang baharu di perkenalkan  , jadi para pengguna stelefon pintar ini memerlukan pengetahuan yang mendalam mengenai sistem pengoperasian ini yang merangkumi sistem pemprosesannya , kelajuannya dan sebagainya.

  •     ASUS
Kamera utama 13MP dengan auto fokus dan dual LED flash yang menghasilkan gambar dengan kualiti gambar yang berkualiti dan mampu merakam video dengan kualiti HD 1080p@30fps. Selain itu, kamera depan dengan 2MP yang sangat sesuai untuk mereka yang sangat suka pada gambar ‘selfie dan video call’.



Kelebihan yang seterusnya ialah bateri telefon yang berkapasiti yang cukup besar iaitu 3000 mAh yang mampu menampung proses telefon pintar ini apabila melakukan akitiviti melayari internet atau bermain permainan. Selain itu, ciri sambungan. Terdapat ciri wifi hotspot yang boleh digunakan untuk mengakses internet di kawasan hotspot. Ia juga boleh berkongsi koleksi fail seperti gambar, video dan muzik dengan peranti lain.




Kelemahan telefon pintar ini pula ialah terletak pada kualiti gambar. Pada keadaan minimum cahaya kualiti gambar yang dihasilkan adalah tidak cantik dan bagus. Di samping itu, kelemahan telefon ini juga ialah bateri telefon pintar ini tidak boleh ditanggalakan. Ia boleh mengurangkan fleksibiliti dalam penggunaan kuasa. Asus ZenFone 6 ini dilengkapi dengan bateri jenis Li-Po yang mempunyai kapasiti 3300 mAh. Dengan kapasiti kuasa bateri sebesar itu phablet Samsung ini dapat mencapai masa standy by hingga 398 jam dan waktu bicara hingga 28 jam. Reka bentuk yang tidak jauh berbeza dari model  sebelumnya. Tiada inovasi atau idea yang baharu.

LATAR BELAKANG SYARIKAT KOMUNIKASI



SONY



Syarikat  Sony telah ditubuhkan pada 7 Mei 1946 dengan kerjasama Kejuteraan Telekomunikasi Tokyo. Pada mulanya , syarikat Sony ini hanya mempunyai kira – kira 20 orang pekerja sahaja.Syarikat ini ditubuhkan oleh dua orang  bangsa Jepun yang bernama Akio Morita dan Masaru Ibuka.  Pada m   ulanya , mereka memberi nama syarikat yang mereka tubuhkan ini dengan nama Tokyo Tsushin Kogyo Kabushiki Kaisha (TKK). Jika diterjemahkan kepada bahasa Inggeris, nama yang unik ini memberi maksud Tokyo Telecommunication Engineering Company.

Akio Morita

Pada tahun 1958 , nama syarikat ini berubah kepada Sony Corporation.Pengasas syarikat ini memilih nama “SONY” kerana perkataan ini merupakan gabungan Sonus iaitu perkataan Latin yang memberi maksud akar sonik dan bunyi .Perkataan itu juga merujuk kepada satu perkataan Bahasa Inggeris iaitu They atau merujuk kepada kanak – kanak yang memberi gambaran bahawa sebuah kumpulan kecil anak – anak muda yang mempunyai tenaga dan tekad untuk penciptaan dan idea inovatif yang tidak akan terbatas dalam pemikiran mereka.Oleh itu , pada tahun 1958 , Syarikat itu telah menggunakan nama Sony Corporation sebagai trademark agar syarikat mereka di kenali di seluruh dunia.

Sony Corporation


Sejak dikenali oleh orang ramai , syarikat Sony Corporation ini menunjukkan perkembangan dalam perniagaan mereka.Misalnya , pada tahun 1957 , Akio Morito telah menemui para eksekutif yang mewakili sebuah syarikat pengeluaran barang elektrik yang terbesar di Amerika Syarikat.Amerika Syarikat ingin mengikat penjanjian bersama Sony Corporation dengan memesan sebanyak 100 000 unit radio kecil keluaran Sony Corporation tetapi malangnya perjanjian itu tidak diteruskan kerana Amerika Syarikat memberi syarat kepada Sony Corporation agar menukar nama syarikat mereka kepada Bulova yang merupakan pengasas syarikat di Negara Amerika Syarikat tersebut.
Antara kejayaan Sony Corporation adalah pada tahun 1960 , syarikat mereka telah membuka pusat pameran yang pertama di sebuah daerah yang bernama Ginza di Tokyo.Pada tahun 1962  pula ,Akio Morita telah membuka sebuah lagi bilik pameran di New York , Amerika Syarikat dan di Fifth Avenue.



OPPO




Sepanjang tahun, pelbagai pengeluar peranti mudah alih baru telah hadir ke pasaran tempatan. Ia akan menawarkan harga telefon pintar tersebut pada harga yang berpatutan dan bersaing dengan pegeluar terkemuka yang lain. Pengeluar yang banyak mengeluarkan pengeluaran baru telefon pintar adalah dari China.

      OPPO Electronics Corp adalah kilang elektronik China yang berpangkalan di Dongguan, Guangdong. Produk utama  kilang tersebut adalah telefon pintar, blu-ray dan alat elektronik yang lain. Kilang tersebut didaftar pada tahun 2001 dan ditubuhkan pada 2004. Penubuhan ini berdasarkan di Mountain View, California dan Amerika Syarikat. 


      Oppo merupakan pegeluar terkemuka telefon pintar 4G di China, dengan bahagian pasaran sebanyak 15.2 peratus, walaupun ketinggalan dengan jenama lain seperti pesaing China iaitu Xiaomi dan Lenovo dan pengeluar Korea Selatan iaitu Samsung. Tarikh pengeluaran jenama telefon pintar ini adalah pada bulan Mei 2014.







SAMSUNG



Samsung Mobile Phone telah wujud sejak tahun 1983. Perniagaan yang bertapak  di Korea Selatan ini telah berdagang dan menghasilkan produk yang melibatkan barang-barang elektronik selama hampir 70 tahun. Yang uniknya ,Samsung tidak seperti perniagaan elektronik lainnya,di mana awalnya Samsung tidak terlibat dalam pembuatan produk elektronik tetapi produk lainnya.

Dari tahun 1958 dan seterusnya Samsung mulai berkembang ke industri lain seperti kewangan, media, bahan kimia dan pembangunan kapal. Kemudian , pada tahun 1969, induk perusahaan Samsung Mobile Phone, Samsung Electronic didirikan dan menghasilkan produk-produk Samsung yang paling terkenal, seperti television, radio, komponen komputer dan peralatan  elektronik yang lain.

Pada tahun 1987, pengusaha dan chairman Byung-Chull Lee meninggal dunia dan jawatan chairman diambil alih oleh Kun-Hee Lee. Pada tahun 1990, Samsung pun mulai membangun  dan berkembang  secara global di Amerika Syarikat, Inggeris, Jerman, Thailand, Mexico, Sepanyol dan China sampai 1997. Samsung menemukan jalan ke Amerika Syarikat untuk pertama kalinya pada tahun 1996.



Pada tahun 1993, Samsung Mobile Phone memperkenalkan  siri SH-700, yang lebih membanggakan lagi reka bentuknya yang dirancang dengan ukuran yang lebih kecil dan lebih nipis serta kualiti suara yang lebih baik. Dengan produk yang lebih baik dan pemasaran yang lebih agresif, Samsung berhasil mengambil  memasuki pasaran di Korea dari Motorola. Namun pada tahun 1997 hampir semua bisnes di Korea menyusut dan tidak terkecuali juga pada Samsung. Namun berkat industri elektronik mereka ,akhirnya berhasil untuk terus berkembang  sehingga sekarang. Kini, Samsung berjaya menghasilkan 50 juta telefon pintar.

SH-700


Samsung kemudian melibatkan dirinya dalam dunia industri 3G seperti membuat video, kamera dan lain-lain untuk memenuhi permintaan pelanggan. Di awal tahun 2009 pula, Samsung Mobile dan T-Mobile memperkenalkan Memori, sebuah   kamera 8 Megapiksel yang terbaik . Selama perjalanannya , Samsung telah berkembang dengan stabil dalam industri mobile hingga terus berkembang sampai sekarang .


ASUS



ASUS Computer Inc., dikenali sebagai ASUS, adalah sebuah syarikat multinasional perkakasan komputer dan elektronik Syarikat Taiwan ditubuhkan pada tahun 1989 di Taiwan. ASUS adalah salah satu daripada syarikat-syarikat perkakasan komputer terbesar di dunia. Produk-produknya termasuk desktop, peranti persisian komputer, komputer riba, telefon pintar, tablet dan peranti hibrid. Syarikat itu telah membuat telefon Android dikuasakan oleh Intel dan Qualcomm SoC.

Asus Zenfone 6 merupakan telefon pintar terbaru dari Asus yang hadir untuk melengkapi Asus Zenfone 4 dan Zenfone 5 yang lebih dulu ada dipasaran. Asus Zenfone 6 memiliki spesifikasi yang tidak jauh berbeza dari Zenfone 4 dan 5 hanya telefon pintar ini memiliki ukuran badan yang lebih besar. Asus zenfone 6 dengan bezel bahagian bawah motif melingkar berkilau metalik dan casing material bahan plastik finishing doff jadi terkesan premium dan elegan.