• SONY
Syarikat Sony telah ditubuhkan pada 7 Mei 1946 dengan kerjasama Kejuteraan Telekomunikasi Tokyo. Pada mulanya , syarikat Sony ini hanya mempunyai kira – kira 20 orang pekerja sahaja.Syarikat ini ditubuhkan oleh dua orang bangsa Jepun yang bernama Akio Morita dan Masaru Ibuka. Pada m ulanya , mereka memberi nama syarikat yang mereka tubuhkan ini dengan nama Tokyo Tsushin Kogyo Kabushiki Kaisha (TKK). Jika diterjemahkan kepada bahasa Inggeris, nama yang unik ini memberi maksud Tokyo Telecommunication Engineering Company.
Akio Morita |
Pada tahun 1958 , nama syarikat ini berubah kepada Sony Corporation.Pengasas syarikat ini memilih nama “SONY” kerana perkataan ini merupakan gabungan Sonus iaitu perkataan Latin yang memberi maksud akar sonik dan bunyi .Perkataan itu juga merujuk kepada satu perkataan Bahasa Inggeris iaitu They atau merujuk kepada kanak – kanak yang memberi gambaran bahawa sebuah kumpulan kecil anak – anak muda yang mempunyai tenaga dan tekad untuk penciptaan dan idea inovatif yang tidak akan terbatas dalam pemikiran mereka.Oleh itu , pada tahun 1958 , Syarikat itu telah menggunakan nama Sony Corporation sebagai trademark agar syarikat mereka di kenali di seluruh dunia.
Sony Corporation |
Sejak dikenali oleh orang ramai , syarikat Sony Corporation ini menunjukkan perkembangan dalam perniagaan mereka.Misalnya , pada tahun 1957 , Akio Morito telah menemui para eksekutif yang mewakili sebuah syarikat pengeluaran barang elektrik yang terbesar di Amerika Syarikat.Amerika Syarikat ingin mengikat penjanjian bersama Sony Corporation dengan memesan sebanyak 100 000 unit radio kecil keluaran Sony Corporation tetapi malangnya perjanjian itu tidak diteruskan kerana Amerika Syarikat memberi syarat kepada Sony Corporation agar menukar nama syarikat mereka kepada Bulova yang merupakan pengasas syarikat di Negara Amerika Syarikat tersebut.
Antara kejayaan Sony Corporation adalah pada tahun 1960 , syarikat mereka telah membuka pusat pameran yang pertama di sebuah daerah yang bernama Ginza di Tokyo.Pada tahun 1962 pula ,Akio Morita telah membuka sebuah lagi bilik pameran di New York , Amerika Syarikat dan di Fifth Avenue.
• OPPO
Sepanjang tahun, pelbagai pengeluar peranti mudah alih baru telah hadir ke pasaran tempatan. Ia akan menawarkan harga telefon pintar tersebut pada harga yang berpatutan dan bersaing dengan pegeluar terkemuka yang lain. Pengeluar yang banyak mengeluarkan pengeluaran baru telefon pintar adalah dari China.
OPPO Electronics Corp adalah kilang elektronik China yang berpangkalan di Dongguan, Guangdong. Produk utama kilang tersebut adalah telefon pintar, blu-ray dan alat elektronik yang lain. Kilang tersebut didaftar pada tahun 2001 dan ditubuhkan pada 2004. Penubuhan ini berdasarkan di Mountain View, California dan Amerika Syarikat.
Oppo merupakan pegeluar terkemuka telefon pintar 4G di China, dengan bahagian pasaran sebanyak 15.2 peratus, walaupun ketinggalan dengan jenama lain seperti pesaing China iaitu Xiaomi dan Lenovo dan pengeluar Korea Selatan iaitu Samsung. Tarikh pengeluaran jenama telefon pintar ini adalah pada bulan Mei 2014.
• SAMSUNG
Samsung Mobile Phone telah wujud sejak tahun 1983. Perniagaan yang bertapak di Korea Selatan ini telah berdagang dan menghasilkan produk yang melibatkan barang-barang elektronik selama hampir 70 tahun. Yang uniknya ,Samsung tidak seperti perniagaan elektronik lainnya,di mana awalnya Samsung tidak terlibat dalam pembuatan produk elektronik tetapi produk lainnya.
Dari tahun 1958 dan seterusnya Samsung mulai berkembang ke industri lain seperti kewangan, media, bahan kimia dan pembangunan kapal. Kemudian , pada tahun 1969, induk perusahaan Samsung Mobile Phone, Samsung Electronic didirikan dan menghasilkan produk-produk Samsung yang paling terkenal, seperti television, radio, komponen komputer dan peralatan elektronik yang lain.
Pada tahun 1987, pengusaha dan chairman Byung-Chull Lee meninggal dunia dan jawatan chairman diambil alih oleh Kun-Hee Lee. Pada tahun 1990, Samsung pun mulai membangun dan berkembang secara global di Amerika Syarikat, Inggeris, Jerman, Thailand, Mexico, Sepanyol dan China sampai 1997. Samsung menemukan jalan ke Amerika Syarikat untuk pertama kalinya pada tahun 1996.
Pada tahun 1993, Samsung Mobile Phone memperkenalkan siri SH-700, yang lebih membanggakan lagi reka bentuknya yang dirancang dengan ukuran yang lebih kecil dan lebih nipis serta kualiti suara yang lebih baik. Dengan produk yang lebih baik dan pemasaran yang lebih agresif, Samsung berhasil mengambil memasuki pasaran di Korea dari Motorola. Namun pada tahun 1997 hampir semua bisnes di Korea menyusut dan tidak terkecuali juga pada Samsung. Namun berkat industri elektronik mereka ,akhirnya berhasil untuk terus berkembang sehingga sekarang. Kini, Samsung berjaya menghasilkan 50 juta telefon pintar.
SH-700 |
Samsung kemudian melibatkan dirinya dalam dunia industri 3G seperti membuat video, kamera dan lain-lain untuk memenuhi permintaan pelanggan. Di awal tahun 2009 pula, Samsung Mobile dan T-Mobile memperkenalkan Memori, sebuah kamera 8 Megapiksel yang terbaik . Selama perjalanannya , Samsung telah berkembang dengan stabil dalam industri mobile hingga terus berkembang sampai sekarang .
• ASUS
ASUS Computer Inc., dikenali sebagai ASUS, adalah sebuah syarikat multinasional perkakasan komputer dan elektronik Syarikat Taiwan ditubuhkan pada tahun 1989 di Taiwan. ASUS adalah salah satu daripada syarikat-syarikat perkakasan komputer terbesar di dunia. Produk-produknya termasuk desktop, peranti persisian komputer, komputer riba, telefon pintar, tablet dan peranti hibrid. Syarikat itu telah membuat telefon Android dikuasakan oleh Intel dan Qualcomm SoC.
Asus Zenfone 6 merupakan telefon pintar terbaru dari Asus yang hadir untuk melengkapi Asus Zenfone 4 dan Zenfone 5 yang lebih dulu ada dipasaran. Asus Zenfone 6 memiliki spesifikasi yang tidak jauh berbeza dari Zenfone 4 dan 5 hanya telefon pintar ini memiliki ukuran badan yang lebih besar. Asus zenfone 6 dengan bezel bahagian bawah motif melingkar berkilau metalik dan casing material bahan plastik finishing doff jadi terkesan premium dan elegan.
No comments:
Post a Comment