web toolsHtml Codes

Monday, 28 November 2016

SISTEM PENGOPERASIAN DAN MEMORI


·      
  SONY

`                  Sony Xperia E1  merupakan salah satu produk keluaran syarikat Sony yang mula dilancarkan pada bulan Mar 2014.Seperti yang diketahui umum , kebanyakan telefon bimbit pintar  menggunakan sistem operasi ” android “. Apa itu android? Android merupakan salah satu sistem operasi yang khas untuk sesetengah telefon bimbit . Android ini merupakan satu sistem yang dikembangkan dari sistem operasi Linux dan semua program atau aplikasinya di buat dengan menggunakan Java.




               Android ini merupakan salah satu yang diperkenalkan  untuk mengesan sistem operasi bagi smartphone yang mempunyai kemudahan skrin sentuh. Malah, harga pasaran bagi smartphone yang disokong oleh sistem android ini lebih murah berbanding yang lain. Sehingga sekarang android sudah  mencapai 19 kali perkembangan. Android ini juga mempunyai pro dan kontranya juga. Antara kelebihan sistem pengoperasian ini ialah android ini amatlah “user friendly” atau dengan kata lain dapat memudahkan urusan pengguna dengan masa yang singkat. Kelemahan android pula ialah terlalu ramai pengguna yang bergantung 100 percent pada smartphone ini kerana mereka berasa malas untuk bersua muka kerana mereka berpendapat bahawa bercakap atau berbual melalui telefon pintar mereka lebih mudah berbanding bersua muka.Hal ini dapat mendatangkan jurang antara satu sama lain.



MEMORI

Seperti yang dinyatakan sebentar tadi ,telefon pintar Sony Experia ini hanya mempunyai memori RAM sebanyak 512 MB sahaja.Tetapi , telefon ini telah disediakan dengan memori internal dengan kapasiti 4 GB yang sudah cukup dinilai untuk telefon pintar kelas menengah.
            Bagi memori external pula , telefon ini disediakan dengan memori external yang cukup besar dengan kapasiti sehingga mencapai 32 GB. Di samping itu , Sony Experia ini juga dilengkapi dengan prosesor dual core dengan kecepatan 1.2 GHz dalam masa setiap saat yang digunakan.


OPPO

Sistem pengoperasian telefon pintar ini adalah Android 4.2 Jelly Bean. Android 4.2 Jelly Bean  adalah versi sistem operasi mudah alih Google Android 4.0 Ice Cream Sandwich (ICS). Antara kelebihan android ini adalah gerak isyarat merupakan ciri yang sama dengan swipe yang akan memudahkan kita untuk menaip, hanya menggerakkan jari dari huruf ke huruf tanpa perlu mengetuk satu persatu huruf yang diingini. Google Now, adalah ciri baru Google yang akan menjadi penolong kita yang mirip dengan  SIRI dari Apple. Selain itu, Photosphere adalah ciri yang membolehkan kita untuk mengambil gambar dalam jumlah yang banyak dalam masa yang sama walaupun dengan saiz gambar yang besar.


Kekurangan adroid ini pula adalah daya tahan yang menurun secara mendadak selepas melakukan ‘Update’ dari Jelly Bean. Bateri telefon biasanya akan bertahan selama lapan jam tetapi sekarang hanya bertahan selama empat hingga lima jam sahaja. Seterusnya, pemakaian memori simpanan dalaman yang membengkak membuatkan ruangan untuk menyimapan fail seperti gambar, video dan lain-lain berkurang. Hal itu menyebabkan kita memaksa untuk menyimpan fail tersebut ke memori ruang simpanan luar.


MEMORI
Memori telefon ini adalah 1GB LPDDR2. Ruang simpanan dalaman telefon ini adalah 4GB. Kapasiti bateri ialah 1900 mAh(Litium ion).
           

SAMSUNG

Pertama sekali , telefon pintar ini adalah berjenis multitouch iaitu yang membolehkan permukaan (trackpad atau skrin sentuh) untuk mengesan kehadiran lebih daripada satu atau lebih daripada dua titik besentuhan dengan permukaan. Platform untuk telefon ini mengandungi sistem pengoperasian jenis android. Telefon ini menggunakan android kitkat  (v4.4.4). ia juga boleh di tambah baikkan kepada  v5.0.2 / v5.1.1 (Lollipop) Android OS, v5.1 (Lollipop) - G531F. Ia juga menggunakan chipset Qualcomm MSM8916 Snapdragon 410 Spreadtrum SC7730 (Value Edition), CPU, Quad-core 1.2 GHz Cortex-A53 Quad-core 1.3 GHz Cortex-A7 (Value Edition) dan GPU Adreno 306 Mali-400 (Value Edition).









MEMORI
Telefon ini mengandungi dua jenis memori iaitu card slot dan internal. kad slot memiliki microSD, up to 64 GB dan internal memiliki 8GB dan 1 GB RAM.


ASUS

Sistem pengoperasian telefon pintar ini adalah Android OS, v4.3 (Jelly Bean),upgradable to v.4.4.2(kitkat).





MEMORI

Terdapat dua jenis memori dalam telefon pintar ini iaitu kad slot dan memori simpanan dalaman. Memori telefon pintar ini ialah 1/2 GB RAM. Terdapat tiga memori simpanan dalaman iaitu 8,16 dan 32 GB. Memori kad slot adalah microSD 64 GB ke atas.

Kelebihan Dan Kelemahan


·        SONY

XPERIA E1

Antara kelebihan telefon pintar ini adalah ia memiliki beberapa kelebihan yang belum dimiliki oleh telefon pintar yang lain.Misalnya , telefon pintar ini memiliki GPU Adreno 302 yang dapat menghasilkan grafik yang cukup baik .Selain itu, terdapat juga Bluetooth v4.0 yang dapat memudahkan para pengguna untuk mengirimkan fail atau sebagainya dengan mengambil masa yang amat pantas.



Di samping itu ,antara kelemahan telefon pintar Sony Experia ini ialah ia tidak dapat menampung jaringan internet 4G.Selain itu,telefon pintar ini juga hanya mempunyai memori RAM sebannyak 512 MB sahaja.Jadi , sistem pemprosesan telefon pintar ini agak perlahan.


·         OPPO

OPPO YOYO  R2001

Antara kelebihan telefon pintar model ini ialah telefon pintar oppo yoyo ini mempunyai ukuran sebesar 4.7 inci dan resolusi layar 540 x 960 pixel. Mahupun untuk layar LCDnya menggunakan LCD IPS kapasiti skrin sentuh dengan warna yang mencapai 16 juta, sehingga mampu memberikan penampilan yang lebih berwarna dan lebih menarik.

                  Kelebihan seterusnya ialah terletak pada kamera. Untuk kamera utama, telefon   pintar ini disertai kamera resolusi 5 Mp. Resolusi yang baik dapat menghasilkan gambar yang berkualiti dan juga dilengkapi LED flash, autofocus. Sedangkan untuk kamera belakang resolusinya 2 Mp dan dapat dipakai untuk komunikasi bersama rakan melalui ‘video call’.

Seterusnya ,yang lainnya iaitu telah dimuatkan jaringan 2G GSM serta HSDPA 3G, sehingga dapat memberikan kecepatan dalam melayari internet dengan  lebih cepat, dan lebih bagus. Di samping itu, kemudahan wifi dan hotspot pun tidak ketinggalan juga, sehinggakan  memudahkan  dalam melayari internet di kawasan  hotspot. Selanjutnya, pada bahagian USB, dimana telefon pintar tersebut menyokong ciri OTG USB iaitu On The Go USB yang dapat membaca dan mengesan data flashdisk.
           Antara kelemahan telefon pintar ini pula ialah mengenai fungsi bluetooth. Bluetooth yang dipakai pada telefon pintar  ini adalah versi yang lama 2.1, sehinggakan kecepatannya kurang bagus  jika dibandingkan dengan bluetooth versi 3 atau 4. Selain itu, pengiriman data pun cukup lama. Kemudian untuk kapasiti bateri yang cukup rendah iaitu hanya 1900 mAh.


·         SAMSUNG
      Bagi telefon pintar ini , kelebihannya terdapat pada jenis sistem pengoperasiannya sendiri iaitu dari segi penggunaan android kitkat 4.4 . Antara kelebihannya adalah warna bagi skrin adalah transparent atau lutsinar. Hal ini menyebabkan , papan kekunci virtual sentuh pada permukaan skrin sehingga kelihatan sama seperti warna dari kertas dinding(wallpaper)  yang digunakan.
Selain itu , sistem pengoperasian Android kitkat ini juga memiliki inovasi pada sistem penjimatan bateri dengan mengaktifkan  mode penjimatan bateri pada sistem android ini sendiri. Di samping itu , ia juga memiliki kemampuan untuk meningkatkan memori bagi telefon pintar ini dengan tujuan untuk meningkatkan rangsangan dari skrin sentuh .
Seterusnya , memandangkan sistem pengoperasian Android kitkat 4.4 ini merupakan versi yang baharu di perkenalkan  , jadi para pengguna stelefon pintar ini memerlukan pengetahuan yang mendalam mengenai sistem pengoperasian ini yang merangkumi sistem pemprosesannya , kelajuannya dan sebagainya.

  •     ASUS
Kamera utama 13MP dengan auto fokus dan dual LED flash yang menghasilkan gambar dengan kualiti gambar yang berkualiti dan mampu merakam video dengan kualiti HD 1080p@30fps. Selain itu, kamera depan dengan 2MP yang sangat sesuai untuk mereka yang sangat suka pada gambar ‘selfie dan video call’.



Kelebihan yang seterusnya ialah bateri telefon yang berkapasiti yang cukup besar iaitu 3000 mAh yang mampu menampung proses telefon pintar ini apabila melakukan akitiviti melayari internet atau bermain permainan. Selain itu, ciri sambungan. Terdapat ciri wifi hotspot yang boleh digunakan untuk mengakses internet di kawasan hotspot. Ia juga boleh berkongsi koleksi fail seperti gambar, video dan muzik dengan peranti lain.




Kelemahan telefon pintar ini pula ialah terletak pada kualiti gambar. Pada keadaan minimum cahaya kualiti gambar yang dihasilkan adalah tidak cantik dan bagus. Di samping itu, kelemahan telefon ini juga ialah bateri telefon pintar ini tidak boleh ditanggalakan. Ia boleh mengurangkan fleksibiliti dalam penggunaan kuasa. Asus ZenFone 6 ini dilengkapi dengan bateri jenis Li-Po yang mempunyai kapasiti 3300 mAh. Dengan kapasiti kuasa bateri sebesar itu phablet Samsung ini dapat mencapai masa standy by hingga 398 jam dan waktu bicara hingga 28 jam. Reka bentuk yang tidak jauh berbeza dari model  sebelumnya. Tiada inovasi atau idea yang baharu.

No comments:

Post a Comment