web toolsHtml Codes

Monday, 28 November 2016

SEJARAH SYARIKAT KOMPUTER RIBA

SEJARAH SYARIKAT KOMPUTER RIBA

·         ACER




Perniagaan Acer ini pada mulanya telah diusahakan oleh sepasang suami isteri yang bernama Stan dan Carolyn Yeh.Pada mulanya , mereka menamakan perniaagan mereka ini dengan nama ‘Multitech’ iaitu pada tahun 1976.Tetapi, pada 1987 nama perniagaan mereka ini telah di tukar kepada Acer.Nama Acer ini telah digunakan sehingga kini.




            Pada tahun 1990 , syarikat Acer ini telah bersaing dengan beberapa syarikat lain seperti NIC , Toshiba yang berasal dari Jepun dan juga syarikat HP dan Dell yang berasal dari Amerika Syarikat.Syarikat Acer utama yang didirikan oleh pasangan suami isteri ini berada di sebuah kota yang bernama Sijhin di Tapei ,Taiwan.Pada mulanya , pasangan ini hanya menggunakan modal sebnayak US $25,000 sahaja dan pada awalnya,mereka hanya usahakan produk dalam distributor komponen elektronik dan sebagai konsultan bagi penggunaan teknologi mikroprosessor sahaja

·         HP




Salah seorang peneraju utama  kepada  Hewlett Packard atau lebih dikenali sebagai (HP) adalah William R. Hewlett. Hewlett lahir pada tanggal 20 Mei 1913 di Ann Arbor, Mich. Pada tahun 1939, Hewlett mendirikan sebuah perniagaan Hewlett-Packard (HP) bersama dengan David Packard yang meninggal pada tahun 1996 . Perusahaan ini didirikan hanya dengan modal awal $ 538. Nama Hewlett-Packard tentu saja diambil dari nama mereka masing-masing. Di Hewlett-Packard Company, Hewlett pernah memegang berbagai jabatan penting. Namun sejak tahun 1978, Hewlett berhenti dari jabatannya sebagai Chief Executive Officer.



Sewaktu belajar di Stanford University, dia bertemu dengan David Packard yang akhirnya menjadi sahabat baik Hewlett. Perjalanan Hewlett boleh dikatakan menarik. Selama perang dunia ke-2, Hewlett pernah bekerja di Angkatan Perang Amerika. Selama masa tugasnya di Angkatan Perang Amerika, Hewlett termasuk kedalam sebuah tim yang bertugas menginspeksi industri jepun ketika perang dunia ke-2 berakhir. Tahun 1947, Setelah kembali dari tugasnya itu, Hewlett pergi ke Palo Ato.
Beliau mula bekerja di perniagaan yang beliau usahakan  bersama David Packard itu, dan memegang jawatan  sebagai wakil presiden di Hewlett-Packard Company . Pada tahun 1957, Beliau mendapat jawatan Executive Vice President. 7 tahun kemudian, Hewlett menjabat sebagai President of HP. Pada tahun 1969, Beliau menjadi  Chief Executive Officer. Hewlett memegang jawatan  ini selama 9 tahun. Pada tahun 1978, beliau meletak jawatan itu.



Antara penghargaan yang Hewlett terima adalah penghargaan sains tertinggi di Amerika Syarikat. Hewlett juga adalah orang yang mempunyai perhatian besar terhadap masalah-masalah pendidikan, kesihatan dan social . Beliau telah banyak bekerja di pelbagai  agensi-agensi, seperti di Stanford Medical Center, Kaiser Foundation Hospital, The Carnegie Institution of Washington dan Abuse Council yang terletak  di Washington.



William R. Hewlett meninggal pada 12 januari 2001, pada usia 87 tahun. Namun, nama Hewlett akan tetap selalu dikenang oleh ramai orang kerana perniagaan yang beliau dirikan bersama David Packard, merupakan salah satu perniagaan yang  terbaik di dunia yang bergerak dalam bidang IT (Information Technology). Hewlett-Packard juga seorang yang produktif menciptakan berbagai alat – alatan  seperti PDA (Personal Digital Assistant), printer, komputer dan lainnya. Kini, barang-barang produksi Hewlett-Packard (HP) banyak digunakan oleh semua pengguna komputer  di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment